Thursday, November 09, 2006

Suatu pagi

askum...

kali ni rasa macam nak cerita sikit perasaan seorang ayah setiap pagi weekdays. tak pasti kepada bapa-bapa muda alaf ketiga yang lain, ini cuma luahan perasaan yg bercelaru setiap pagi nak hantar anak pegi nursery. situasinya mudah, anak bangun pagi, ayah bangun pagi, ayah siapkan anak, ayah bersiap, ayah hantar anak pegi nursery, ayah pergi kerja. hakikatnyaa....

bayangkan, anak bangun awal pagi. anak ini dalam fikirannya tidak banyak, makan, minum susu, tidur dan main. pada sesiapa yang ada anak kecil, pasti akan dapat membanyangkan perilaku anak ini di pagi hari. bangun, merengek2 sedikit mencari perhatian. kemudian tersenyum girang, ketawa, berguling-guling, berlari2 kearah kereta mainan nya. apabila ayahnya hilang dari pandangan, bingkas bangun berlari mencari ayahnya. dipeluk kaki seerat yang mungkin, seolah-olah sudah sekian lama tidak berjumpa. kemudian berlari lagi ke longgokan mainannya, mencari buku2 kecil dan diberikan kepada ayah untuk di bacakan, "CAR", "AEROPLANE", "TRUCK", anak melonjak girang.

si ayah kemudian membawa anak keluar, melihat alam ciptaan allah. "BIRD", "SUN", cukup girang si anak didukung oleh ayahnya sambil cuba untuk mengulang bait-bait kata yang sebut si ayah. melonjak-lonjak, berpaling kiri kanan, kaki menendang-nendang. dari mulutnya terbit berbagai suku kata "jerman" yang hanya difahami oleh dirinya sahaja.

kemudian, saat yang mengguris hatinya tiba. si ayah membawa anak masuk kedalam kereta, seolah2 faham apa yang bakal terjadi, si anak terus senyap, berdiri tegak di tempat duduk hadapan. kereta bergerak, badannya di sendeng ke kiri dan kanan mengikut liuk lentuk pergerakan kereta. sampai ke destinasinya, NURSERY. episod hiba bermula, si anak memeluk erat ayahnya, cukup erat. berusaha untuk tidak berpisah lansung. si ayah dengan sedaya upaya cuba untuk menyerahkan si anak kepada penjaga nursery. jeritan kedengaran memecah kesunyian pagi. tangisan meminta simpati hanya mampu ditenung sayu oleh si ayah. apalah tenaga si anak di bandingkan dengan si ayah. pelukan eratnya di rungkai dengan mudah dan si anak menangis semahu-mahunya sambil penjaga nursery mengunci jeriji besi. si ayah bejalan menuju ke kereta, masuk kedalam kereta dan beredar. sesungguhnya, walaupun kereta proton waja itu ditutup rapat pintu dan cermin, masih jelas kedengaran betapa sayunya tangisan si anak memanggil-manggil ayahnya. berakhirlah perjuangan si anak di pagi itu, episod baru akan bermula keesokkan harinya, dengan perjuangan yang sama, dan seterusnya, tidak pasti sehingga bila penghujungnya.

perasaan si ayah? tuhan sahaja yang maha tahu akan segalanya. sedih tidak dapat digambarkan. betapa si anak berusaha untuk bangun awal di pagi hari, sudah tentu dalam fikiran si anak untuk bersama-sama bermain, makan, minum susu dengan ayah dan ibunya. akan tetapi, si ayah melihat masanya sudah tiba untuk menghantar anaknya ke tempat lain. betapa seolah-olah begitu contra harapan si anak dengan niat si ayah di pagi hari setiap hari bekerja.

moga allah merahmati keluarga ini, moga allah memberi petunjuk kepada keluarga ini, moga allah memberi jalan penyelesai kepada keluarga ini, moga allah mengeratkan ikatan kekeluargaan keluarga ini...

6 comments:

m said...

huhu...cerita sedih seorang rahimi...kalau kau carik keje yang buat dari rumah boleh ke?

Najmuddin Yusoff said...

alternatif?

saya lagi teruk, kerja siang dan malam, dah la pagi hantar anak ker nursery. Balik, lepas maghrib, saya kena tidur sekejap. Sebab pukul 12 nak pergi kerja lagi. Anak ditinggalkan dengan umminya. Pagi balik kerja, hantar dia ker nursery lagi, sebab kalau tak hantar, memang tak boleh tidurlah si ayahnya. Dapat bermain betul-betul dengan si anak, hanya dihujung minggu.

huhu!

y@tipruzz said...

rahimi, those are parts n parcels of life...sumer org lalui tu (except munir :p)
Tp anak aku jarang nangis, unless after a very long holiday. What we do everday, explain kat dia..mama and abah go to work, idlan go to nursery, balik rumah nnt kite main sesama/naik motor..aku ulang berkali-kali..and he seems to accept and understand that. Malah kadang dia tak bubye aku pon, terus meluru laju msk ke nurseri dia..maybe dia suke kot jumpe 'friends' dia. Cuba pujuk anak kau, and kasikla janji2 manis sket...soon dia akan faham the situation

Ummu Auni said...

hmph, tu baru sorang. anak aku balik raya, 2-2 melalak time pergi nursery. hancur luluhnya hati aku..huhu

nun said...

sabar je la rahimi...itu baru nursery....kurang2 air mata hang dgn anak hang je...cuba try hang hantar kat tok2 dia....lagi la haru....dgn hang2 skali dlm dilema...anak hang dilema memilih ant ayah & toknya....toknya taknak berpisah dgn cucunya...hang tak sampai hati....nak diambil....takut dikata kejam....diambil pula....takut dikata membuli mak sendiri....hah...kan dilema tu...by the way...awat tak upah org gaji?

Maryam said...

askm..sbnrnya yg penting kualiti bukan kuantiti masa yg kita luangkan bersama ank..waktu bersama anak kita gunakan sebaik mungkin..kdg-kdg budk-budk suka juga ke nursery sbb ramai kawan..:) sabarlah..itu sbnrnya satu latihan utk ank, besar nanti, tadika pula.masa tu dah tak de masalah, sbb dah biasa ke nursery...In fact, ank saya pandai susun kasut di nursery, walaupun di rumah dia tak pernah susun pun:)..ank-ank belajar ttg kehidupan, bersosial... sbnrnya sbg ibu bapa kita pasti akan memberi yg terbaik buat ank-ank..wallahua'lam..