Monday, July 02, 2007

Gambar Najib bersama Altantuya

aku ada....
kerna kau pun ada...

eh...

dan mungkin bila nanti... kita akan bertemu lagi...

biskut chocfudge
kejap ada kejap tiada

malaysia boleh...

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8420&Itemid=28

Gambar Najib bersama Altantuya: Malaysia akan diperintah pembohong?
Penarik Beca
Sat | Jun 30, 07 | 12:13:39 AM

Semakin hari, saya semakin yakin wujudnya konsert perdana. Lantaklah, saya tidak boleh buat apa-apa untuk menghentikannya. Nanti saya akan dituduh menghina konsert. Saya juga sudah boleh mengagak kesudahan konsert itu, sama seperti orang yang tersenyum kegembiraan dan melambai-lamai sana-sini. Dia sudah tahu lagu merdu apa yang akan dinyanyikan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Persoalannya, bagaimana susun atur konsert itu dibuat? Adakah semua watak telah diberi arahan apa yang perlu dibuat? Atau hanya watak utama sahaja yang memegang skrip persembahan? Adakah watak-watak yang lain boleh melalak sesuka hati?

Sambil itu teringat pula kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ketika bergasak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ijok dahulu. Najib berkata, "Saya hanya lihat gambarnya (Altantuya) yang disiarkan oleh akhbar."

Hanya lihat gambar yang disiarkan oleh akhbar (yang disiarkan oleh akhbar sahaja!) bermaksud tidak pernah berjumpa dan bersua muka. Jauh lagi bertegur sapa dan bermesra. Jangan pandai-pandai nak menuduh wujudnya urusniaga. Jauh lagi adegan asmara!

Tetapi hari ini, dalam berita Malaysiakini bertajuk Najib seen with Altantuya, seorang saksi bernama Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah Shah Alam:

Altantuya had shown her the photo when she returned from a trip to France.

It is believed that the government official in the photograph is Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who has close ties with political analyst Abdul Razak Baginda.

Siapa yang cakap benar? Najib atau Burmaa? Kalau Najib benar, Burmaa pembohong. Kalau Burmaa benar, Najib pembohong.

Jika benar Najib pembohong, adakah negara ini akan terus diperintah oleh pembohong demi pembohong?

1 comment:

Anti pemimpin Pembohong said...

Saya fikir Najib ni pembohong. Banyak kenyataan dia yang bercanggah. Sekejap kata dia tak pernah jumpa Altantuya, tapi bila ada gambar dia kata, itu cuma perjumpaan biasa. Saya fikir Najib ni penipu besarlah. Bukan Najib sahaja yang pembohong bahkan pemimpin-pemimpin UMNO memang tidak bermoral, sama ada dimperingkat bahagian, negeri atau pusat. Jika seseorang itu tidak ada kes atau bersih sukar untuk menjadi pemimpin UMNO.Jadi semua pemimpin UMNO memang ada kesalahan atau penyelewengan. Dengan ituleher dan tengkuk mereka dipegang. Sebab itu kalau kita tengok pemimpin-pemimpin UMNO semuanya Pak Turut. Siapa yang jadi PM dia pegang semua penyelewengan orang-orang dibawahnya. Tengoklah kes Yong Teck Lee, dia menantang kepimpinan baru siasatan dibuat. Selagi dia menyokong BN semua penyelewengan dia ditutup, dihalalkan. Inilah kerajaan BN. Kalau Najib keluar BN pasti dia akan disabitkan dengan pelbagai kes. Sebab itu Najib takut benar bila ahli-ahli politik pembangkang mendedahkan kekejamannya. Nampaknya kita tidak ada pilihan selain emilih pemimpin pembohomng sepanjang masa. Generasi muda hari ini harus menolak BN pada masa akan datang. Mereka semua penipu dan pembohong.