Thursday, March 02, 2006

Kenaikan harga barang bakar asas petroleum.

hari ini dalam sejarah - 28/02/2006 - harga barang bakar asas petroleum meningkat sebanyak RM0.30 seliter. opss... jgn lupakan CNG, compressed natural gas, yang juga mengalami kenaikan RM0.30 sekilo. ada sedikit statistic kenaikan harga petrol daripada penghujung alaf kedua dan awal alaf ketiga:

sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

ada beberapa perkara ayat "default" daripada pemerintah bila ada kenaikan harga (baca: pengurangan subsidi). mari kita lihat

1. harga minyak di malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara2 lain.
2. kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat.
3. wang lebihan daripada pengurangan subsidi ini akan digunakan untuk pembangunan, yang untung rakyat juga.
4. kerajaan tidak lagi mampu untuk mensubsidi minyak. -- ade ke patut --

ini lah antara sample2 ayat yg mmg akan keluar bila harga minyak. kalau buat programming untuk search, taip je perkataan harga minyak, result dia ayat2 diatas laaa.

sebenarnya kenaikan harga minyak ni macam tak boleh nak di sekat, kadang2 betul jugak, kalau harga minyak naik, dan kerajaan terus menerus subsidi untuk kekalkan harga, habis duit untuk bakar minyak jelaa... mungkin ada beberapa perkara yang kerajaan boleh lakukan untuk counter balik tindakan menaikkan RM0.30 harga minyak ni.

1. kurangkan cukai kenderaan
2. hadkan tempoh pinjaman kenderaan kepada maksimum 5 tahun sahaja
3. kurangkan@hapuskan cukai jalan
4. kurangkan premium untuk insuranse kenderaan

sekarang mari kita bincangkan satu persatu. kalau dahulu, ramai masih boleh menerima alasan karajaan bahawa negara kita mempunyai cukai kenderaan yang tinggi kerana kerajaan subsidi minyak supaya harganya rendah. akan tetapi senario hari ini tidak lagi memungkinkan alasan ini diterima baik oleh khalayak. kerajaan selalu menyatakan harga minyak kita masih rendah berbanding negara lain, tetapi selalu cuba-cuba untuk melupakan hakikat cukai kenderaan kita antara yang tertinggi seantero dunia. jesteru, pengurangan cukai bagi kenderaan baru adalah sesuatu yang perlu di lakukan, bukan hanya berselindung dengan nama bermacam-macam jenis cukai yg pada hakikatnya tetap tidak berubah atau makin tinggi.

kita lihat pulak kesan dan akibatnya bila cukai kenderaan rendah. ya, harga kereta akan rendah. bila harga rendah, maka ramai yang akan berpusu2 untuk membeli kereta baru. akibatnya, jalanraya akan semakin penuh dah sesak. bad for the country right? jadi disini kita pergi kepada cadangan yang kedua, iaitu hadkan pinjaman kenderaan kepada 5 tahun sahaja. jadi, keadaan akan menjadi seimbang kembali kerana tidak ramai yang mampu mengambil pinjaman setakat 5 tahun, dan tambahan lagi 10% atau 15% downpayment tu wajib, confirm akan ada pengecutan dalam jumlah jualan kereta. tetapi, pengurangan jumlah jualan ini tidak lama, kerana selepas 3 tahun jualan akan meningkat kembali kerana ramai yang mampu untuk bertukar kereta. secara mudahnya, selepas 3 tahun, jumlah pinjaman adalah kurang berbanding nilai kereta. ramai yang berminat berukar2 kereta sebenarnya, cuma masa ini, mereka tidak mampu kerana nilai pinjaman masih lagi lebih tinggi daripada nilai kereta. akan lebih banyak lah kereta2 baru yg dapat membantu mengurangkan pencemaran. tambahan lagi, jika dikuatkuasakan 5 tahun pinjaman dan 10% downpayment, kerajaan dapat memastikan hanya mereka yang benar2 berkemampuan untuk membeli dan membiayai kereta sahaja yang menggunakan kereta. secara tak lansung, kita dapat mengurangkan NPL dan tarik kereta sbb tak mampu bayar. sekali gus boleh kurangkan masalah samseng tarik kereta. banyak sangkutan2 nya...

untuk cadangan ketiga, pengurangan atau penghapusan cukai jalan. ramai yg setuju, tambahan pulak sekarnag makain banyak jalanraya bertol. cukai bayar, tol bayar, naik pulak selalu tol tu. walaupun macam2 alasan kerajaan, tetapi, perlu jugak pengurangan atau penghapusan cukai jalan ini. bukan apa, kerajaan kita kurang bijak dalam buat agreement dengan syarikat konsesi lebuhraya, tu yang selalu toll naik tanpa sekatan tu ( sbnarnya, bukan bodoh, saja membodohkan diri, sbb tu syarikat kroni2 dia, eh eh, kalau aku tak buat agreement macam tu, nnt election sapa nak support kempen duit aku -- angguk angguk geleng geleng --). mungkin cadangan ni tak ramai berminat, sbb cadangan keempat lagi menarik.

cadangan keempat, kerajaan kena buat sesuatu agar premium insuranse dikurangkan. bentuk satu kadah baru agar rakyat (pemilik kenderaan) dapat membayar kurang premium ini. pada masa sekarang, premium insurans amat tinggi, sungguh membebankan. amatlah senang hati ini jika pihak kerajaan dapat membuat satu kaedah yang menguntungkan pemilik kenderaan, bukan syarikat insuranse sahaja.

ini adalah antara 4 cadangan yg mungkin boleh untuk dipertimbangkan dan diperhalusi. bukan apa, menteri mungkin tak rasa, tapi kebanyakan rakyat cukup cukup cukup cukup terasa bahang kenaikan bahan bakar ini. jgn lah selalu memberi contoh harga petrol di UK 2 kali ganda harga di malaysia. agak2 berapa basic salary fresh graduate disana? 4 atau 5 kali ganda daripada disini. harap2 pihak kerajaan dapat membuka mata dan telinga, semualah deria yang ada, untuk bercakap dengan lebih berilmu dan bijak. 20 tahun dahulu mungkin boleh kerajaan memberi maklumat dan seluruh rakyat telan bulat2, tetapi tidak hari ini. yang masih tidak difahami, mengapa sampai harini pemerintah masih lagi mengeluarkan alasan2 yang lebih kurang sama, tidakkah mereka berfikir? mungkinkah ini tanda2 kejatuhan? wallahua'lam

moga allah memelihara kita dan pemimpin kita dan negara kita. ya allah, masukkan aku dalam golongan yang sedikit...

wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

hahah jom ubah gaya idop - Najib
hangpa pangkah-Lah lagi ...
hahaha

Anonymous said...

Shahidan syor guna basikal


KANGAR: Semua pegawai dan kakitangan awam di Perlis disaran menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan untuk ke pejabat ekoran peningkatan harga petrol dan diesel.



Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata cadangan itu mungkin janggal dan sukar diterima akal terutama kepada pengarah dan ketua jabatan, namun jika diamalkan setiap hari, penggunaan basikal ke pejabat atau tempat kerja akan menjadi perkara biasa.

Shahidan berkata, cadangan penggunaan basikal untuk mengurangkan kos sara hidup pernah dibuat ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997.

"Saya pernah membuat saranan sebegini ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan ini kali kedua cadangan dibuat bagi menjimatkan penggunaan minyak," katanya pada majlis perasmian Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 peringkat Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di sini, semalam.

Shahidan berkata, penggunaan basikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja sudah lama dipraktikkan di Belanda, bukan saja oleh rakyat biasa dan kakitangan awam malah turut membabitkan pemimpin negara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menampal poster di pokok dan merata tempat di negeri itu mengecam langkah kerajaan menaikkan harga petroleum sebanyak 30 sen berkuat kuasa Selasa lalu.

Katanya, golongan itu cuba mengelirukan rakyat tetapi pada masa sama langsung tidak membuat cadangan bagi meringankan beban daripada kenaikan harga itu.


Dipetik dari B/Harian
Sabtu 4 Mac 06

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20060303232610/Article/

araamy said...

kene cakap balikkat dia... suh dia naik beskal dulu... hoho