Friday, March 04, 2005

patent, amerika, india, iraq, beras dan benih........ dan kemanusiaan

negara pengganas amerika pada masa ini adalah juara dalam bidang hak cipta intelek walaupun sedang di kejar hebat oleh korea, jepun dan eropah. kehebatan teknologinya membolehkan negara pengganas ini mempatentkan hampir semua perkara tanpa mengira siapakah yang sebenarnya berhak ke atasnya.

india, terkenal dengan ketamadunan and budaya yang unik dengan sejarah menjangkau ribuan tahun. budaya, adat resam, makanan, upacara keagamaan, binaan bangunan dan bermacam lagi perkara yang kita boleh kaji lihat dengar daripada negara ini tidak terkecuali beras basmati. beras ini ditanam di india sejak ribuan tahun dahulu dan sejak tahun 90'an telah di export ke serata dunia, tidak terkecuali ke negara pengganas amerika. akan tetapi, beras yang terkenal ini tidak pernah dikaji untuk dipatentkan oleh mana-mana pihak kerana di anggap sebagai warisan india yang tidak ternilai. disinilah negara pengganas amerika menggunakan kuasanya mengiktiraf sebuah syarikat di negara itu yang mempatent beras sebagai hak intelek mereka. bantahan keras disuarakan oleh kerajaan india dengan menghantar 16000 muka surat kajian saintifik menyatakan beras ini adalah hak mereka. sehingga kini tidak dapat di pastikan keputusannya.

iraq, negara malang di tengah-tengah dunia arab. mempunyai negara-negara jiran yang berpegang pada ad-deen yang sama, tetapi terlalu bangsat untuk menyanggah ketuanan pengganas amerika yang menyerangnya. walaupun masih dalam suasana perang, pengganas amerika telah memulakan langkah memperhambakan rakyat iraq. sekali lagi patent memainkan peranan yang cukup penting. iraq sepertimana juga india, mempunyai sejarah dan ketamadunan yang panjang sejak dari zaman babylon sehingga kepada keagungan baghdad. sepanjang zaman tersebut, rakyat iraq telah menjadikan gandum sebagai makanan ruji. pertanian yang selama beribu tahun ini telah berjaya menghasilkan biji benih yang unik yang ditanam hanya oleh rakyat iraq. akan tetapi, negara pengganas ini tidak mempatentkan biji benih ini, apa yang mereka buat?

perang telah memusnahkan sebahagian besar ladang gandum rakyat negara malang ini. kini sebahagian besar mereka hidup dengan hanya bergantung kepada gandum subsidi daripada negara pengganas amerika. kini, petani-petani rakyat iraq ini, sebahagian daripada mereka telah hendak memulakan kembali penanaman gandum. akibat tiada benih, meraka terpaksa membeli daripada negara pengganas amerika. disinilah perangkap yang dipasang oleh negara pengganas amerika telah mengena kerana benih-benih dari amerika ini telah dipatentkan. akibatnya, petani-petani di negara iraq tidak dibenarkan untuk menghasilkan benih mereka sendiri, tetapi hendaklah membeli daripada syarikat negara pengganas amerika. sesiapa yang menghasilkan benih sendiri akan dikenakan tindakan undang-undang. ini bermakna, setiap kali selepas musim menuai, amalan beribu tahun menghasilkan biji benih sendiri akan lenyap. maka rakyat iraq pasti akan terus menerus bergantung kepada negara pengganas amerika untuk sumber makanan mereka. satu tindakan yang cukup licik daripada sebuah negara yang kononnya memperjuangkan keadilan sejagat. " alah, nanti rakyat iraq mampu laa buat sendiri biji benih. sapa suruh dulu-dulu tak patentkan, salah kau jugak " kata-kata nista yang mungkin keluar daripada mulut celupar pengganas amerika.

inilah cara mudah untuk menguasai sesebuah negara untuk jangkamasa panjang. jika dengan menakluk, negara tersebut boleh merdeka seperti filipina. jika meletakkan proksi, proksi boleh ditumbangkan sepertimana di iran. tetapi, dengan menguasai sumber makanan secara mutlak, satu jangkamasa yang cukup panjang di perlukan oleh negara malang tersebut untuk bangun, kerana sebarang tindakannya kearah pembangunan akan dihalang dengan ugutan makanan. contoh? jangan cakap sahaja. sudan, negara yang pada satu ketika cukup terkenal dengan kebuluran. ini adalah kerana sumber makanan negara tersebut dikuasai oleh negara pengganas ini. bilamana pemimpin negara ini mengubah dasar tidak memihak kepada negara pengganas amerika, pertaniannya lumpuh menyebabkan kebuluran yang maha hebat dalam sejarah dunia moden hari ini. kini, negara tersebut telah berjaya membangunkan sendiri biji benih dan telah mampu menanam sendiri gandum mereka, malah mengeksportnya ke negara lain.

adakah negara pengganas amerika hendak pisang berbuah dua kali, sudah pasti tidak. tunggulah apa yang akan terjadi kepada negara iraq nanti.

4 comments:

Hany FF said...

a'kum rahimi,
letak aa tagboard. leh gebang-gebang. hehe... saja nak ngaco bakal baper soleh :))

araamy said...

eh.. camne boleh jumpe ni...

aida said...

sudah jumpa... hohohoho :P

Anonymous said...

hoho rahimi..musti mamat ni tgh tersipu-sipu malu sebab kantoi ngan aku..
muahahhaha