Friday, October 06, 2006

Isu Batal Puasa

Isu Batal Puasa

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.com

Minggu lepas saya telah menyebut secara ringkas beberapa amalan terbaik yang perlu kita ambil perhatian di bulan mulia ini (sila rujuk www.zaharuddin.com). Minggu ini saya suka untuk mengupas sedikit perihal pembatalan puasa. Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-FiqhFiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluardari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr MuhdUqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Widadan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinjaatau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr MdUqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh : Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah : Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr MuhdUqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal : Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ;Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. JUsteru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith : Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)berpuasa.

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat : Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)

Thursday, October 05, 2006

Pada Yang Kecil Itu Ada “Barakah”

“Memasak Pun Boleh Jadi Tazkirah, Andai Celik mata Hati”

Hasrizal, malam ini kamu gorengkan ayam boleh tak??, Fatih bertanya.

Goreng cara Turki, atau cara Malaysia??, saya bertanya dengan nada gurau.

Kalau cara Turki, baik saya sendiri sahaja yang melakukannya. Saya ini tidaklah sejahil yang kamu semua sangkakan.?, Fatih cuba mempertahankan kelemahan dirinya yang tidak mahir di dapur. Faruk dan Hasan turut ketawa.

Setiap kali saya berkunjung ke Istanbul, Fatih mesti akan meminta saya menggorengkan ayam ala Malaysia. Sebenarnya, ayam goreng ala Malaysia yang dia maksudkan itu hanyalah ayam yang digoreng dengan serbuk kunyit serta secubit garam. Kalau orang Turki, ayamnya tidak digoreng begitu. Mereka lazim menggoreng ikan dan ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras dan sedikit serbuk lada putih.

Syukur Alhamdulillah, persahabatan saya dengan Fatih dan rakan-rakan yang lain memberikan peluang kepada kami untuk belajar banyak perkara baru. Seperkara tentang orang Turki yang menarik perhatian saya adalah sikap mereka yang cermat terhadap perkara-perkara yang kecil dan halus. Kadang-kadang pada kita, hal seperti ini tidak mempunyai sebarang signifikasi, tetapi bagi orang Turki, mereka cukup mengambil berat mengenainya.

Saya masih ingat, semasa yang bertandang ke rumah Mahmud Bilici, rakan baik saya semenjak di Jordan. Beliau merupakan pelajar Turki yang disegani oleh rakan-rakan Turki yang lain di Amman. Mungkin sifat rendah diri, keluasan ilmu dan kefasihan Bahasa Arab yang dituturkannya, menjadikan beliau begitu karismatik seawal hari pertama saya bertemu dengan Mahmud.

Saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman. Ia tidak jauh dari Masjid Ismail. Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di Istanbul. Malam itu sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Saya kagum dengan ketelitian Mahmud. Kalau saya, mungkin cawan yang sudah sedia bersih itu akan terus diisi dengan air masak. Tetapi Mahmud membilasnya dengan air terlebih dahulu sebelum diisi dengan air masak. Orang Turki memang pembersih.

Saya juga selalu melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul Büyükehir Belediyesi (Dewan Kota Metropolitan Istanbul) dengan berus dan air. Wah, tong sampah pun mesti bersih dan kemas!

Kebersihan rumah kawan-kawan Turki juga sentiasa mengagumkan saya. Walaupun ada di kalangan mereka yang merokok, rumah bujang perokok mereka juga masih bersih. Buku-buku tersusun rapi, pakaian elok terletak, malah bilik mandi dan tandas juga tidak pernah bercampur. Kebanyakan rumah di Istanbul, mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air. Maka satu digunakan untuk mandi manda dan satu lagi dikhususkan untuk buang air. Bilik mandi pula lazimnya berkarpet dan saya belajar untuk mandi dan berwudhu? tanpa membasahkan karpet itu. Hmm, agaknya kalau ada orang Turki yang bergaduh laki bini, tidur dalam bilik air pun masih okay lagi.

Saya kira, kebersihan yang terbit dari iman, memang benar-benar dapat dirasakan di Turki.

Kalau di masjid, berhati-hati. Anda mungkin akan diminta keluar oleh orang masjid sekiranya anda masuk ke masjid dengan stokin yang tidak molek. Apabila anda keluar dari pintu masjid, junjung kedua-dua pasang kasut anda ke atas kerana orang Turki tidak mahu kasut yang dijinjing menyentuh pakaian orang lain.

Tidak lupa, di sesetengah masjid, seperti yang pernah saya lihat di Bursa, akan dikhususkan masa sekitar jam 10 pagi untuk kaum ibu sahaja. Mereka datang ke masjid untuk mengelap dinding, anjung tingkap, tiang dan perabot masjid, agar sentiasa bersih dan kemas. Saya belajar bagaimana tuntutan iman menjadi corak hidup, semasa saya di Turki.

Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era Islam Othmaniyyah.

Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari tahun 1520 - 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau mengeluarkan belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan berwudhu?. Tentunya ia tidak ada dalam ?rukun membina masjid?. Tetapi ada sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut.

Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Atatürk dan dijadikan kandang kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila saya bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal remeh-temeh yang hari ini tidak kita pedulikan.

Jauh benar bezanya masjid itu dengan masjid kita yang mimbarnya pun kekadang dibina oleh tangan-tangan penyembah berhala!
Soal orang Turki yang teliti dengan perkara-perkara yang halus ini, mengingatkan juga saya kepada perbualan bersama Pakcik Mehmet, ayah Fatih, semasa kami bercuti di Bolvadin.

Pakcik, saya ingin bertanya sesuatu tentang nama pakcik. Bolehkah??, saya bertanya kepada Pakcik Mehmet, ayah Fatih.

Tentu sahaja, nak. Tanyalah. Kenapa pula dengan nama pakcik??, ayah Fatih sedikit terkejut dengan permintaan saya.

Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet seperti pakcik. Saya kira Mehmet itu bermaksud Muhammad, kan??, saya bertanya.

Betul. Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa, Hasrizal??, tanya Pakcik Mehmet kepada saya.

Jika nabi kita, nama baginda disebut Muhammed. Hazreti Peygamber Muhammed. Mengapa nama Rasulullah disebut Muhammad sedangkan nama pakcik disebut Mehmet??, saya cuba mencari penjelasan dari pakcik.

Oh, itu rupanya soalan kamu. Setahu pakciklah, nama Muhammad itu kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa. Kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah?, kata Pakcik Mehmet.

Tercemar macam mana tu??, saya kurang faham apa yang Pakcik Mehmet maksudkan.

Bayangkan, kalau si Fatih ni pakcik namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy, jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad!?, Pakcik Mehmet begitu bersemangat bercerita kepada saya.

Terlopong saya dibuatnya!

Begitu sekali mereka mengambil kira soal sekecil ini. Maka amat tidak benarlah apa yang pernah ditulis oleh seorang penulis di dalam akhbar di tanah air. Sekembalinya beliau dari lawatan di Turki, beliau menulis dan menyentuh secara khusus isu nama Mehmet ini. Katanya, orang Turki sudah terlalu sekular sehingga hendak menyebut nama Rasulullah pun sudah tidak mampu. Sudah pelat, katanya.

Walhal pemikiran penulis itu yang pelat! Menafsirkan budaya orang lain dengan pandangan sendiri. Mujur artikelnya di dalam Bahasa Malaysia. Kalau dibaca oleh orang Turki, tentu tersinggung hati mereka dengan persepsi kita seperti itu.

Ayam sudah siap terhidang.

Lama pula saya mengelamun. Pelbagai perkara yang mengimbau ingatan saya sambil memasak di dapur. Kebetulan Fatih, dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester. Saya sudah selesai menjalani peperiksaan yang sama di Jordan dua minggu lalu. Kehadiran saya ke Turki sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawan saya ini belajar dengan lebih baik. Biar soal makan minum, saya bantu seadanya.

Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan!, saya menjerit memanggil mereka yang khusyuk di meja membaca masing-masing.

Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar lama. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa makanan tidak jatuh ke karpet. Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk rakan saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada serbuk-serbuk dari kulit roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makan yang terbuang.

Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung. Berkat, berkat…!, saya memuji Islam.

Betul Hasrizal. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita makan, kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai asbab untuk-Nya menurunkan barakah?, kata Islam.

Ya, apa yang Islam katakan itu memang benar. Ia mengingatkan saya kepada sepotong hadith Nabi SAW:

“Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: ?Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah”

Islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berharga. Pakcik Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar.

Itu di Turki.

Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa semasa saya berjamu makan di rumah Pak Anjang saya di Baker Street, London. Pagi itu, kebetulan Pak Ngah sekeluarga datang dari Malaysia. Maka kami semua berkumpul di rumah Pak Anjang. Rumah di Baker Street ini Pak Anjang belikan untuk anaknya, Ziad yang belajar di Westminster University, di seberang jalan.

Saya amat kagum semasa melihat Mak Anjang memasak di dapur. Lebihan nasi malam tadi dikumpulkannya. Kemudian kerak nasi itu pula direndam di dalam air panas dan kemudian ditos. Semua bahagian nasi yang berlebihan malam tadi, Mak Anjang gunakan untuk memasak nasi gorengnya. Tidak ada bahagian makanan mana yang tersisa. Mungkin ini sebahagian daripada sikap Mak Anjang sekeluarga yang menjadi tangga mereka membina kehidupan yang berjaya. Walaupun sudah bertaraf jutawan, Mak Anjang dan Pak Anjang sekeluarga masih mengambil kira soal-soal kecil seperti kerak nasi di dapur.

Saya amat menghargai pelajaran itu.

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar yang disangka segala-galanya.

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

Jangan pandang kecil pada RM1 yang mahu didermakan kepada mustadhafeen di Palestin!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

ABU SAIF

Wednesday, October 04, 2006

Hakikat Sebenar Pilihanraya Kampus

Hakikat Sebenar Pilihanraya Kampus PDF
Wed | Oct 04, 06 | 12:25:53 PM
Oleh Abdullah Abdul Karim

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Hrkh) - Hampir semua akhbar harian utama melaporkan secara besar-besaran liputan terhadap Pilihan raya atau pun Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam Sesi 2006/2007 yang diadakan serentak di seluruh negara pada 21hb September yang lalu.

Apa yang menariknya, akhbar-akhbar tersebut di dalam laporan mereka memperbesarkan apa yang dikatakan sebagai kemenangan besar kumpulan proaspirasi kerajaan yang menguasai kesemua MPP di 22 IPTA, kecuali di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dengan menewaskan kumpulan propembangkang yang didalangi oleh parti-parti pembangkang di luar kampus.

Sebuah akhbar harian utama berbahasa Melayu yang sejak sekian lama menjadi 'spin doctor' kepada pemerintah tambah mensensasikan laporannya dengan menyimpulkan bahawa dengan kemenangan kumpulan aspirasi tersebut menandakan "berkuburnya populariti kumpulan pelajar propembangkang yang mana hampir 20 tahun mendominasi kerusi MPP di beberapa IPTA".

Naib-Naib Canselor dan Timbalan-Timbalan Naib Canselor HEP IPTA yang ditemubual juga kelihatan melahirkan rasa amat gembira di atas perkembangan tersebut yang disifatkan sebagai tanda kematangan para pelajar selain perjalanan pilihan raya yang dikatakan berjalan dengan lancar dan adil.

Yang paling gembira dengan keputusan tersebut tentulah tidak lain dan tidak bukan, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Mustapa Mohamed yang baru dilantik beberapa bulan lepas menggantikan Dato Dr Shafie Mohd Salleh, dan sudah tentu dengan perkembangan ini kan menaikkan lagi imejnya di dalam Umno selepas tewas dalam cubaannya untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno dalam Pemilihan Umno 2005.

Kredibiliti Perdana Menteri menjunam

Begitu juga dengan majoriti pemimpian Umno/BN yang sudah tentu begitu lega dengan kemenangan kumpulan Aspirasi tersebut. Apatah lagi disaat kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin menjunam kredibilitinya di mata rakyat hasil daripada pelbagai masalah yang melanda negara termasuklah pergeseran dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Keputusan Pilihanraya MPP kali ini setidaknya memberikan nafas politik baru kepada kerajaan Umno/BN dengan mendakwa bahawa generasi muda menyokong sepenuhnya kerajaan Umno/BN.

Selaku bekas pemimpin pelajar IPTA yang pernah memimpin MPP beberapa tahun yang lepas, penulis dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari pelbagai kalangan yang inginkan pengesahan dan juga komen penulis berkaitan dengan keputusan pilihan raya tersebut.

Hasil keputusan pilihan raya kampus kali ini menimbulkan beberapa persoalan besar antaranya, apakah benar kumpulan ataupun parti-parti pelajar proIslam yang menguasai Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seperti parti NADI di Universiti Malaya dan juga parti Islam Penyelamat Ummah (IPU) yang pernah diterajui penulis semasa di UKM sudah kehilangan pengaruh dan ditolak oleh para mahasiswa?

Apakah juga kumpulan pelajar bukan Melayu yang progresif dan dinamik seperti Gabungan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (DEMA) yang biasanya membentuk kerjasama politik dengan pelajar proIslam juga sudah lemah dan tidak lagi berjaya menarik sokongan pelajar ?

Pilihanraya kampus adil, bersih dan saksama ?

Bagi mereka yang tidak mendalam pengetahuannya tentang situasi sebenar politik kampus ataupun hanya mengikutinya berdasarkan laporan akhbar-akhbnar mainstream, sudah tentulah akan dengan segera mengiyakan persoalan-persoalan di atas dan akan segera membuat kesimpulan bahawa kumpulan pelajar proaspirasi kerajaan telah pun menguasai secara mutlak sokongan pelajar.

Namun, bagi yang sedar dan prihatin, sudah tentulah tidak akan menerima begitu sahaja. Keputusan pilihan raya MPP tahun ini perlu dilihat di dalam banyak konteks. Bahkan persoalan yang lebih asas perlu ditanyakan, apakah benar pilihan raya kampus tahun ini dan juga beberapa tahun kebelakangan ini dijalankan secara yang adil, bersih dan saksama ?

Sebagaimana yang kita maklumi, sejak sekian lama pilihan raya kampus terutamanya di kampus-kampus utama di Lembah Kelang sentiasa menarik perhatian ramai dan dianggap sebagai medan pertandingan proksi di antara kumpulan pelajar prokerajaan dan juga propembangkang meskipun acap kali dinafikan. Kemenangan mana-mana kumpulan akan segera ditafsir sebagai kemenangan kepada parti induk di luar sama ada PAS atau pun Umno.

Manakala kumpulan pelajar Cina dan India pula lebih selesa mengamalkan pendekatan politik berkerjasama dengan mana-mana kumpulan berdasarkan suasana dan isu. Sejak dari awal tahun 80an hingga pertengahan 90an,pengaruh di antara kedua kumpulan adalah seimbang di mana kedua-duanya bersilih ganti menguasai tampuk kepimpinan MPP.

Pertarungan Umno dan PAS

Namun, seperkara yang menarik sebenarnya, meskipun umum menyaksikan pertarungan ini sebagai mewakili parti induk di luar, ianya tidaklah boleh secara mutlak diandaikan sebagai pertarungan sebenar di antara parti pemerintah dan pembangkang khususnya Umno dan PAS kerana tokoh-tokoh pemimpin pelajar yang bergiat di kampus ini tidak semestinya menyertai parti yang diandaikan.

Sebagai contoh, agak ramai juga pemimpin pelajar yang menganggotai kumpulan propembangkang akhirnya menyertai Umno apabila tamat pengajian dan begitu juga sebaliknya.

Mungkin juga wujudnya kumpulan prokerajaan dan propembangkang hanyalah diperbesarkan dengan sebab label, sedangkan realiti sebenar tidaklah begitu. Meskipun kedua belah pihak biasa mengalami kemenangan dan kekalahan, namun proses pilihan raya pada masa itu berjalan dengan tenang dan tidak ada sebarang insiden yang boleh menjejaskan kredibiliti pilihan raya tersebut dan tidak timbul tuduhan sama ada wujudnya unsur penyelewengan dan berat sebelah di dalam pilihan raya kampus waktu itu.

Selepas lebih sedekad menyaksikan pertarungan sengit di antara kedua kumpulan, politik kampus selepas tahun 90an menyaksikan perkembangan baru dengan penguasaan mutlak pelajar proIslam di hampir kesemua IPTA bermula dari Sesi 1995/1996. Kemenangan yang diperolehi bukanlah kemenangan marginal, tetapi kemenangan besar.

Di saat ini kerajaan Umno/BN tidaklah memberi perhatian sangat terhadap perubahan ini. Pilihan raya dijalankan dengan telus dan pentadbir universiti sendiri meskipun lebih cenderung untuk memihak kepada kumpulan pelajar prokerajaan, tidaklah bertindak keterlaluan di dalam menyatakan sokongan mereka.

Krisis pemecatan Anwar Ibrahim

Tidak hairanlah apabila meletus krisis politik pada tahun 1998 hasil pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan majoriti besar generasi muda terutamanya pelajar universiti tidak teragak-agak untuk menyatakan simpati dan sokongan mereka terhadap Anwar dan parti-parti pembangkang.

Meskipun mungkin segala bentuk penyelewengan dan kezaliman kerajaan Umno/BN dapat diselindungkan dari kalangan rakyat luar bandar yang mudah tertipu dengan propaganda murahan, tetapi bagi golongan muda dan pelajar-pelajar di kampus, ianya ibarat api di dalam sekam.

Kampus-kampus universiti tidak bermasalah untuk membekalkan pelajar yang kritikal terhadap kerajaan disebakan ia telah sekian lama menjadi medan yang subur kepada perkembangan kumpulan anti establishment.

Pilihan raya Umum 1999 dilihat sebagai 'turning point' utama yang menyebabkan kerajaan Umno/BN mula memikirkan secara serius untuk membunuh terus sebarang potensi suara kritikal yang ada pada generasi muda di kampus. Pilihan raya Umum ke 10 tersebut menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, generasi muda Melayu yang berpendidikan menolak Umno/BN.

Mujurlah lebih kurang 650,000 orang pengundi muda yang baru mendaftar sebagai pemilih, dinafikan hak mereka untuk mengundi di dalam pilihan raya tersebut. Jika tidak, bertambah parahlah kekalahan yang dialami oleh Umno/BN terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

Umno / BN semakin berkubur

Selepas Pilihan raya Umum 1999, pengaruh kumpulan nasionalis pro-Umno/BN semakin berkubur dan mereka kalah teruk di dalam pilihan raya kampus yang dijalankan pada waktu itu.

Penulis pertama kali bertanding di dalam pilihan raya kampus pada sesi 2000/2001 di UKM dan pada pilihan raya tersebut, parti pro-Umno/BN yang dikenali sebagai Tindakan Siswa Bersatu (TSB) telah gagal memperolehi sebarang kerusi dan kumpulan Islam Penyelamat Ummah (IPU) yang turut mendapat sokongan dari kumpulan pelajar Cina dan India di samping kumpulan pelajar pro-ABIM dan JIM, telah menyapu bersih kesemua 48 kerusi yang dipertandingkan bagi meneruskan kemenangan kali keenam berturut-turut.

Keputusan yang hampir sama juga diperlihatkan di kampus-kampus IPTA yang lain. Perkembangan ini turut mendapat liputan meluas di dalam akhbar-akhbar tempatan dan ianya cukup memalukan Umno/BN yang jelas semakin tidak popular di kalangan generasi muda.

Selepas berhadapan dengan perkembangan yang amat membimbangkan ini, maka Umno/BN melalui Kementerian Pendidikan dan juga Biro Pendidikan Pemuda Umno yang pada waktu itu diterajui oleh Dato' Dr Adham Baba dengan turut dibantu sepenuhnya oleh Biro Tata Negara (BTN) Jabatan Perdana Menteri, telah memulakan gerak kerja intensif untuk untuk menghapuskan terus pengaruh yang ada pada gerakan pelajar Islam yang mana tindakan ini adalah selaras dengan program induk Umno/BN pasca Pilihan raya Umum 1999 iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan generasi muda terpelajar walau dengan apa cara sekali pun.

Manifestasi usaha terancang ini bukan sahaja dapat dilihat dengan grand design menguasai politik kampus, tapi termasuklah juga pendekatan lain seperti memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi remaja lepasan SPM dan juga pengwujudan sayap Puteri Umno.

Timbalan Naib Canselor berlagak seperti Ketua Cawangan Umno

Di kampus-kampus bermula sekitar tahun 2001/2002, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berperanan sepenuhnya untuk menjayakan agenda perdana Umno/BN ini dan telah digerakkan sebagai jentera utama untuk berhadapan dengan MPP dan PMI. Buat pertama kali dalam sejarah pengajian tinggi negara, Timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai HEP, Pengetua dan Fellow-Fellow Kolej bertukar menjadi lebih teruk dari Pengerusi JKKK atau pun Ketua Cawangan Umno!

Mereka tidak lagi berperanan untuk membimbing pelajar dan meningkatkan taraf akademik IPT, tetapi telah berubah menjadi pencacai Umno/BN untuk bermusuh dengan pemimpin pelajar dalam keadaan gaji dan elaun mereka dibayar oleh wang rakyat tanpa mengira parti.

Mesyuarat HEP yang diatur menjelang setiap kali pilihan raya kampus tidak lagi membincangkan bagaimana untuk meningkatkan prestij IPTA atau bagaimana untuk menyiapkan para graduan yang dapat memenuhi kehendak industri dan pasaran kerja. Sebaliknya mesyuarat-mesyuarat tersebut sepenuhnya digunakan untuk mencatur strategi bagaimana untuk memenangkan kumpulan prokerajaan di kampus.

Seiring dengan itu, program-program anjuran MPP dan PMI dan persatuan-persatuan yang dikenal pasti dikuasai oleh mereka yang tidak sehaluan dengan dasar kerajaan kebanyakannya disekat. MPP yang seharusnya menjadi badan perwakilan pelajar bagi memperjuangkan kebajikan pelajar telah dihalang daripada berperanan, bahkan yang lebih teruk MPP dihalang untuk bertemu dengan pelajar yang berada di bawah kepimpinannya.

Minggu Orientasi

Penulis sendiri berpengalaman menghadapi telatah buruk segelintir pegawai-pegawai ini apabila PMUKM Sesi 2001/2002 yang dipimpin oleh penulis telah dihalang untuk turun melakukan lawatan kebajikan di kolej-kolej kediaman UKM. Ianya jelas bertujuan untuk menimbulkan persepsi di kalangan pelajar bahawa MPP gagal berfungsi dengan baik bagi menjaga kebajikan mereka.

MPP juga dinafikan hak untuk duduk di dalam jawatankuasa induk Minggu Orientasi di samping tidak dilibatkan langsung dengan Minggu Orientasi. Ahli-ahli jawatankuasa dan fasilitator Minggu Orientasi hanya dipenuhi oleh pimpinan dan ahli-ahli kumpulan pelajar prokerajaan yang telah ditolak oleh pelajar di dalam Pilihan raya Kampus.

Motifnya amat jelas, iaitu untuk menanam pengaruh mereka di kalangan pelajar baru supaya mengundi mereka di dalam Pilihan raya Kampus. Bahkan yang lebih teruk, Minggu Orientasi digunakan sepenuhnya untuk memburukkan MPP dan PMI serta parti-parti pembangkang di samping pelajar baru diugut supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan anjuran PMI yang sekiranya diengkari boleh dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Uniuversiti dan Kolej Universiti.

Suasana menekan dan cukup tidak demokratik ini berterusan sepanjang sesi 2001/2002 dan Sesi 2002/2003. Usaha jahat pakatan Umno/BN dan HEP ini mencapai kemuncaknya di dalam Pilihanraya Kampus Sesi 2003/2004 apabila buat pertama kalinya HEP menaja parti politik pelajar yang sah dan berdaftar yang dikenali sebagai Kumpulan Aspirasi di hampir kesemua kampus IPTA bagi bertanding di dalam pilihan raya kampus sesi tersebut. Perbuatan ini jelas menyalahi undang-undang pilihan raya yang digubal oleh HEP sendiri.

Usaha terancang Umno

Usaha terancang UMNO/BN ini terus disahut oleh media-media utama yang mempopularkan label proaspirasi dan propembangkang. Tambah menjijikkan, hanya parti aspirasi sahaja yang dibenarkan wujud untuk bertanding secara berkumpulan, manakala kumpulan selain dari aspirasi tidak dibenarkan untuk ditubuhkan bahkan jika ada pelajar yang bertanding secara berkumpulan selain dari aspirasi diugut untuk diambil tindakan dan dibatalkan pencalonan mereka!

Di kebanyakan kampus, Timbalan Naib Canselor HEP sendiri yang dilantik sebagai Penaung atau pun Penasihat kepada parti aspirasi ini dan mereka dibenarkan bergerak dan berkempen secara rasmi di seluruh kampus. Padahal pada masa sama, Timbalan Naib Canselor HEP di kebanyakan IPTA merupakan Pengerusi kepada Urusetia atau pun Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang dilantik bagi mengendalikan perjalan pilihanraya MPP.

Begitu juga dengan pegawai-pegawai HEP dan Pengetua-Pengetua Kolej yang turut dilantik sebagai urusetia SPR. Keadaan ini samalah ibarat Pengerusi Tetap Umno atau pun Presiden Umno dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) bagi mengendalikan Pilihan raya Umum yang Umno/BN turut bertanding!

Dalam keadaan calon-calon lain tidak dibenarkan mengadakan kempen terbuka, sudut pidato dan juga menerbitkan risalah propaganda kempen, parti aspirasi menikmati semua keistimewaan tersebut dengan segala roadshow dan ceramah mereka dijadikan program rasmi kolej-kolej kediaman dengan penghuni-penghuni kolej diwajibkan untuk menghadirinya.

Penerbitan risalah dan buletin kempen mereka juga ditaja sepenuhnya oleh HEP dan dengan mudah mendapat cop kebenaran untuk disebarkan secara meluas di dalam kampus. Risalah kempen dari calon-calon lain dianggap sebagai “risalah haram” dan sesiapa yang memiliki dan mengedarkannya boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Kempen-kempen 'brainwash' dan tukang ugut

Para pelajar terutamnya pelajar-pelajar baru saban malam dikumpulkan pada malam-malam kempen untuk 'dibrainwash' oleh Pengetua-pengetua dan fellow-fellow kolej kediaman dan diugut berulang kali supaya hanya menyokong calon tajaan universiti (aspirasi) dan tidak mengundi calon-calon yang lain yang dilabel sebagai calon gerakan bawah tanah dan propembangkang.

Malahan ugutan yang diberikan sampai ke tahap tukang-tukang ugut ini mendakwa yang undi para pelajar tidak rahsia dan mereka boleh mengetahui siapa yang diundi oleh para pelajar. Jika didapati para pelajar mengundi calon selain dari aspirasi, pelajar tersebut tidak akan dibenarkan untuk menjadi penghuni kolej kediaman tersebut pada semester akan datang.

Di UKM sebagai contoh, pada saat kempen pilihan raya sedang berjalan, pada ketika itulah Unit Perumahan HEP mengeluarkan borang permohonan untuk tinggal di kolej pada semester yang akan datang di mana borang tersebut perlu diisi dengan mendapat tandatangan pengetua kolej yang memang hampir kesemuanya adalah penasihat kepada parti aspirasi di peringkat kolej kediaman.

Ini bertujuan untuk memberi tekanan psikologi kepada pelajar-pelajar untuk hanya mengundi calon-calon aspirasi. Pada hari pengundian pula, pentadbiran kolej akan mengeluarkan senarai nama calon-calon aspirasi yang mesti diundi oleh para pelajar dengan cara ditampalkan senarai tersebut di papan tanda rasmi kolej kediaman.

Kempen ugut ini kelihatan begitu berjaya sekali menimbulkan ketakutan dikalangan pelajar. Tidak cukup dengan itu, bilik para pelajar yang disyaki menjadi aktivis PMI dan kumpulan proIslam digeledah dan dicari apa jua bukti untuk mengaitkan pelajar tersebut sebagai terbabit dengan pertubuhan haram dan underground.

Peraturan baru yang berat sebelah

Bermula pada tahun 2003 juga, diperkenalkan beberapa peraturan baru yang amat berat sebelah dan amat tidak munasabah serta menjadikan pilihan raya pelajar lebih rendah martabatnya daripada proses memilih pengawas atau pun ketua darjah di sekolah rendah.

Peraturan ini pula dari segi implimentasinya hanya terpakai kepada calon-calon bukan dari kumpulan aspirasi di samping memberikan banyak advantage kepada calon-calon aspirasi, antaranya :

1. Rapat umum dan kempen pidato terbuka bagi calon memperkenalkan dirinya dan manifestonya telah diharamkan dan diganti dengan kempen pidato melalui rakaman video yang mana kandungan ucapan calon hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Piliahnraya (SPR). Tetapi pada masa yang sama calon-calon aspirasi dibenarkan berkempen secara terbuka di kolej-kolej kediaman melalui majlis-majlis kempen yang dianjurkan secara rasmi oleh pengetua kolej kediaman.

2. Pusat pembuangan undi yang selama ini diletakkan di fakulti-fakulti di mana dekan-dekan fakulti bertindak selaku pegawai pengurus pilihan raya (returning officer) telah dipindahkan ke kolej-kolej kediaman di bawah seliaan pengetua-pengetua kolej yang berkebetulan turut menjadi penasihat kepada parti aspirasi di peringkat kolej kediaman. Sedangkan tindakan memindahkan pengendaliaan pilihan raya ke kolej kediaman di bawah seliaan pengetua kolej adalah jelas bertentangan dengan Artikel 48 (2)(a) Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

3. Proses pengiraan undi tidak lagi dijalankan secara yang telus di mana Counting Agent calon-calon tidak dibenarkan lagi untuk memeriksa kertas undian mengikuti pengiraan undi dari dekat sebagaimana yang dibenarkan sebelum ini. Di kebanyakan universiti pengiraan undi dijalankan oleh kakitangan kolej dan HEP dengan cara yang tergesa-gesa dan penuh kerahsiaan dan menimbulkan banyak persoalan dari segi ketelusannya.

4. Poster-poster dan banner-banner calon yang bertanding telah diseragamkan bentuk dan saiznya dan diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

5. Proses pengisian borang penamaan calon telah diperketatkan prosedurnya dengan calon-calon perlu mendapatkan tanda tangan dari Pengetua Kolej dan pegawai-pegawai HEP. Terdapat banyak kes calon-calon bukan aspirasi dinafikan hak untuk mendapatkan tandatangan oleh pegawai-pegawai HEP dan Pengetua Kolej yang sememangnya menjadi penasihat kepada parti aspirasi.

6. Tempoh kempen telah disingkatkan kepada hanya dua hari setengah sahaja berbanding dengan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum ini. Tempoh singkat ini tidak mencukupi bagi calon selain aspirasi. Sedangkan calon-calon aspirasi yang dibantu kempen mereka oleh pentadbir universiti telah mula berkempen sejak dari permulaan semester lagi melalui Minggu Orientasi.

7. Di UIA bermula pada tahun 2005, diperkenalkan prosedur selection before the election yang amat tidak munasabah dimana sesiapa yang berhasrat menjadi calon dikehendaki melepasi ujian personaliti, public speaking dan ujian Bahasa Inggeris.

Pilihanraya kotor dan jijik

Selama setahun kempen jahat dan berat sebelah ini berjalan dengan ditambah dengan peraturan gila yang dilaksanakan, maka kesannya kelihatan begitu ketara dalam pilihanrata kampus 2003/2004. Mood politik pelajar semakin menurun bahkan majoriti pelajar IPTA mengundi dalam keadaan takut dan penuh tekanan yang membuatkan mereka tidak dapat membuat pilihan yang bebas.

Memang kalangan pelajar kita masih punya idealisme yang utuh, tapi pada masa yang sama mereka juga harus memikirkan survival diri dan pengajian mereka. Satu undi kepada kumpulan yang bukan aspirasi, bermakna mereka berdepan dengan risiko disingkirkan dari kolej kediaman atau pun dikenakan tindakan tatatertib. Dengan keadaan pilihan raya yang dijalankan cukup kotor dan jijik, maka keputusannya awal-awal lagi telah dapat dijangkakan.

Buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun, kumpulan proIslam tewas teruk di hampir kesemua kampus-kampus yang selama ini menyaksikan kumpulan prokerajaan begitu sukar untuk menang, kecuali di UM dan di UIA. Gerakan pelajar Islam dan lain-lain kumpulan pelajar progresif telah disembelih terlebih dahulu pada tahun 2003 sebelum dari PAS dan Parti Keadilan diganyang dalam Pilihanraya Umum 2004!

Situasi penyelewengan dan ketidakadilan dalam proses pengendalian pilihan raya kampus terus berlarutan pada sesi 2004/2005 yang menyaksikan kumpulan aspirasi terus berkuasa untuk sesi kedua berturut-turut atas segala penipuan dan pencabulan demokrasi yang dikonspirasikan bersama Umno/BN di luar kampus.

Komplot jahat antara Umno dan Kementerian Pengajian Tinggi

Menjelang pilihanraya kampus sesi 2005/2006, gerakan pelajar progresif yang bergabung di atas nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menjalankan advokasi secara serius di dalam dan di luar kampus bagi menuntut pilihan raya yang adil. Berbagai aksi massa dijalankan termasuklah berdemonstrasi di bangunan parlimen bagi menyerahkan memorandum tuntutan kepada Menteri Pengajian, turun naik ke pejabat Suhakam bagi membuat aduan tentang salah laku dan penyalahguanaan kuasa di samping menuntut supaya Suhakam dibenarkan masuk ke kampus-kampus untuk memantau proses perjalanan pilihanraya.

SMM juga turut mendekati dan melobi badan-badan lain seperti Majlis Peguam dan juga NGO sivil seperti Suaram dan Aliran bagi mendapatkan sokongan ke atas kempen mereka bagi memulihkan demokrasi di kampus. Dalam masa sama telah timbul pelbagai keraguan terhadap ketelusan perjalanna pilihan raya kampus, akhbar web Malaysiakini dan akhbar dwi mingguan Siasah telah mendedahkan betapa komplot Umno/BN bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggunakan Mesyuarat Penyelarasan Pelajar IPTA yang diadakan pada hari Khamis setiap minggu di Tingkat 38, Menara Dato Onn, PWTC yang juga merupakan Ibu Pejabat Umno sebagai medan untuk membincangkan strategi memenangkan kumpulan aspirasi.

Mesyuarat rasmi anjuran KPT ini yang dibiayai oleh dana awam adalah melibatkan TNC HEP IPTA, pimpinan aspirasi di samping pegawai-pegawai kanan KPT dan HEP. Apa yang lebih mengejutkan, Exco Pemuda Umno, Ikmal Hisham Ismail dan Exco Puteri Umno, Nolee Ashilin Mohd Radzi turut dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat tersebut dijalankan (dan ini diakui sendiri oleh Nolee Ashilin sewaktu ditemubual oleh Malaysiakini).

Pendedahan ini jelas mengesahkan dakwaan bahawa Umno/BN campur tangan secara langsung di dalam politik pelajar dengan restu KPT dan HEP sedangkan pada masa sama mereka begitu beria-ia meburukkan parti pembangkang dan menggugut pelajar supaya tidak bersekongkol dengan kumpulan propembangkang. Hingga ke hari ini, KPT tidak menafikan langsung dakwaan salahlakunya ini.

Pada saat-saat terakhir menjelang hari penamaan calon, tuntutan-tuntutan pelajar tidak langsung dipedulikan oleh pihak Kemnterian, bahkan berpuluh-puluh pelajar yang terlibat menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi telah didakwa di mahkamah universiti di atas tuduhan terlibat dengan perhimpunan haram dan menjalankan kegiatan di luar univerisit tanpa kebenaran Naib Canselor.

Suhakam dilayan seperti kucing kurap

Begitu juga permintaan Suhakam untuk masuk sebagai pemantau juga ditolak mentah-mentah oleh Kemanterian dan pentadbiran IPTA. Entah apa perkara yang begitu hendak dirahsiakan hingga Suhakam yang dibentuk oleh kerajaan sendiri dilayan seperti kucing kurap oleh pentadbir-pentadbir IPTA. Memandangkan pengendalian pilihan raya yang semakin teruk dan jelas tidak demokratik, maka kumpulan pelajar proIslam dan rakan gabungannya di dalam SMM mengambil keputusan memboikot pilihan raya kampus Sesi 2005/2006 di hampir semua IPTA hingga pilihan raya kampus sesi lepas berjalan dalam keadaan begitu hambar dan tidak bermaya.

Mujurlah pentadbir universiti dapat menutup kehambaran tersebut dengan mewajibkan semua pelajar turun mengundi bagi mengelak dikenakan tindakan tatatertib. Pilihanraya kampus sesi lepas (2005/2006) juga telah mencatatkan suatu sejarah penting apabila salah seoarang pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Mozahiri Shamsuddin, telah mengheret UIA ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui tindakan Semakan Kehakiman oleh kerana perlaksanaan peraturan pilihan raya yang tidak adil dan berlawanan dengan undang-undang.

Kumpulan aspirasi sekali lagi memenangi secara mudah pilihan raya kampus tersebut tetapi pada masa sama kemenangan tersebut telah dipersoalkan oleh banyak pihak di dalam dan di luar kampus yang secara keras mempertikaikan cara pilihan raya dikendalikan.

Maka dalam suasana dan persekitaran yang hampir sama, pilihan raya kampus sesi 2006/2007 telah dijalankan baru-baru ini. Situasi dan keadaan yang sama sebelum ini terus berlanjutan buat tahun keempat berturut-turut yang menyaksikan sekali kumpulan proIslam tewas dengan teruk pada pilihan raya kali ini bagi Sesi 2006/2007. Peraturan dan kaedah yang sama berlanjutan digunakan oleh pentadbir-pentadbir universiti dengan restu Kementerian Pengajian Tinggi.

Pinda AUKU

Selepas memboikot pilihan raya kampus yang lepas, para pelajar yang bergabung di bawah SMM mungkin merasakan di bawah teraju Dato' Mustapa Mohamaed selaku Menteri Pengajian Tinggi, suasana demokrasi di kampus mungkin akan ada sedikit perubahan memandangkan kepada latar belakang dan imej Mr Nice Guy yang ada pada Mustapa. Tetapi rupanya Mustapa bukan sahaja sama, bahkan mungkin lebih teruk dari menteri sebelumnya.

Pengumuman-pengumuman popular yang dibuat oleh Mustafa di awal perlantikkannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi seperti cadangan untuk meminda AUKU bagi memberi sedikit kebebesan kepada pelajar dan pensyarah dan juga cadangan reformasi terhadap sistem pengajian tinggi negara rupa-rupanya hanyalah mainan di bibir sahaja yang beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk melaksanakan apa yang dikata.

Mustapa bukan sahaja tidak mengambil tindakan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya kampus ke arah yang lebih demokratik, bahkan beliau juga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Suhakam memantau proses pilihan raya. Sekiranya beliau beralasan pentadbir universiti yang tidak membenarkan Suhakam masuk, sudah tentulah keputusan universiti tersebut direstui oleh beliau selaku Menteri.

Beliau juga enggan untuk bertemu dengan rombongan SMM yang berkampung di luar PWTC dan Hotel Pan Pacific pada 15hb September lepas menunggu beliau habis bermesyuarat bagi menyerahkan memorandum tuntutan pilihan raya. Yang lebih membimbangkan terdapat beberapa buah IPTA yang memperkenalkan sistem penguindian secara elektronik (E-Voting) bagi menggantikan sistem pengundian secara manual hingga menyebabkan kumpulan proIslam dan rakan gabungannya, DEMA telah bertindak memboikot Pilihan raya di UPM.

Sistem pengundian ini yang amat diragui ketelusannya oleh kerana ianya berisiko besar untuk diselewengkan terutamanya oleh pihak yang mengendalikan pilihan raya telah diperkenalkan sebagai perintis pada tahun ini dan dikatakan akan dilaksanakan di kesemua IPTA pada tahun hadapan. Justeru, tidak ada bezanya perjalanan pilihan raya kali ini dengan tiga pilihan raya sebelum ini.

Penyelewengan dan salah laku

Pilihan raya kampus hanyalah dijalankan sebagai rutin tahunan kononnya bukti demokrasi ditegakkan sedangkan perlaksanaannya, amat ketara berat sebelah, kotor dan tidak telus. Maka, apalah sangat yang dapat diharapkan dari Pilihan raya kampus kali ini selain dari menyaksikan kumpulan aspirasi terus ‘menang’ untuk sesi keempat berturut-turut.

Mungkin bagi sesiapa yang tidak begitu mengikuti perkembangan politik kampus akan berpandangan segala apa yang diceritakan penulis sebagai satu pembohongan atau sebagai satu alasan yang lazim dibuat oleh mereka yang kalah pilihan raya dan penulis juga amat yakin akan turut di label berperangai sama dengan PAS dan parti pembangkang yang menyalahkan kepada SPR dan pengundi hantu selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004. Tetapi penulis ingin menjawab bahawa sesuatu perkara yang didakwa bukanlah pembohongan sekiranya terdapat bukti dan keterangan kukuh di samping mereka yang dituduh tidak mampu untuk menjawabnya selain dari sekadar membuat penafian kosong (bare denial).

Justeru, penulis ingin mencabar kepada mana-mana Timbalan Naib Naib Canselor HEP terutamanya Pengerusi gabungan TTNC HEP IPTA Malaysia yang merupakan jurucakap kepada TNC-TNC HEP, Professor Dato' Dr Mohd Wahid Shamsuddin yang juga merangkap TNC HEP UKM, untuk menafikan kesemua fakta-fakta yang disebutkan penulis di sini bahawasanya pilhan raya kampus telah dijalankan dengan tidak adil dan demokratik.

Suhakam sendiri pernah menerbitkan suatu laporan bertajuk "Report on the Allegations of Unfair Practices in relation to University Elections" pada penghujung tahun 2004 di mana laporan tersebut telah memuatkan berbagai senarai laporan 18 salah laku dan penyelewengan yang di dakwa berlaku semasa pilihan raya kampus 2003/2004.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa Suhakam telah menulis surat kepada 11 buah IPTA untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan salah laku dan penyelewengan semasa pilihan raya tersebut, tetapi malangnya, hampir kesemua IPTA terbabit tidak mempedulikan langsung surat yang dihantar oleh Suhakam.

Logik yang dapat disimpulkan, sekiranya kesemua 18 salah laku tersebut adalah tidak benar dan hanya rekaan, maka sudah tentulah kesemua IPTA terbabit akan menafikan sekeras-kerasnya. Ataupun tindakan yang paling bijak ialah membenarkan Suhakam memantau sendiri perjalanan pilihan raya kampus bagi sesi-sesi seterusnya. Tetapi jelaslah bahawa IPTA-IPTA tersebut cuba menyembunyikan sesuatu dan amat takut sekiranya segala bentuk ketidakadilan yang dilakukan semasa mengendalikan pilihanraya kampus diketahui dan didedahkan oleh Suhakam.

Kebebasan IPTA telah terkubur

Maka tidak hairanlah, hingga ke pilihan raya kampus yang terbaru yang diadakan pada 21 September lepas, kesemua IPTA di Malaysia secara tegas menghalang Suhakam dari menjalankan gerak kerja pemantauan yang sememangnya menjadi salah satu tugasnya yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Akhirnya, penulis ingin menasihatkan semua pihak agar tidak terlalu terkesan dengan keputusan pilihan raya kampus baru-baru ini, sama ada anda di pihak yang bergembira dengan kemenangan aspirasi ataupun kecewa dengan ketewasan kumpulan proIslam dan rakan gabungannya, lantaran dari pilihan raya kampus yang hanya merupakan kosmetik politik pemerintah yang bersalut dengan seribu satu penipuan dan pengkhianatan.

Pilihan raya kampus di Malaysia tidaklah menyaksikan pelajar bertanding sesama pelajar, tetapi ianya adalah perlawanan di antara satu kumpulan pelajar yang serba daif melawan seluruh jentera universiti dan juga Kementerian yang sudah tentulah satu pertembungan yang amat tidak adil dan tidak seimbang.

Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihan raya dengan cara menipu dan menekan lawan. Pilihan raya baru-baru ini tidak memberikan sebarang makna selain dari menjadi satu manifestasi kepada kemerosotan nilai intelektual dan budaya ilmu selain dari penghakisan terhadap demokrasi yang menjanjikan masa depan yang gelap kepada negara kita.

Menara gading yang seharusnya menjadi tapak subur kepada kebebasan berpolitik sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah bertukar menjadi liang lahad yang menguburkan kebebasan dan hak asasi. Kita tidak ingin menangisi apakah yang akan terjadi kepada produk IPTA tempatan yang lahir di tengah-tengah kemusnahan pertimbangan kemanusiaan lantaran kepentingan politk sempit kerajaan yang memerintah, selain dari kita menguatkan iltizam untuk mengubah keadaan yang ada.

Tuesday, September 19, 2006

Malaysians for Less TV


Visit http://lesstv.blog.com


Hishamuddin Rais

Melangak di hadapan kaca tv ini, baru sahaja sampai ke dalam pembudayaan masyarakat kita. Sistem alat penyiaran bergambar ini mula menjadi objek yang diberahikan (object of desire) di negara Eropah dan Amerika Syarikat sesudah perang dunia yang kedua. Di Malaysia budaya melangak di hadapan kaca tv ini belum pun sampai dua generasi. Malah sehingga ke tahun 1974, di kampung saya dalam daerah Jelebu alat siaran tv ini masih lagi belum sampai. TV hanya dapat masuk ke daerah Jelebu apabila Rais Yatim seorang anak Jelebu mula menjadi Menteri Penerangan. Bayangkan betapa ulunya Jelebu di masa itu.

Secara positif, ini bererti semasa saya membesar saya tidak mengetahui objek ini. Apa yang menjadi alat hiburan kami ketika itu ialah radio. Untuk memenuhi masa yang lain kami membaca - buku-buku cerita, komik, novel dan akhbar harian. Ertinya budaya membaca telah mula mengukuh ketika tidak adanya tv. Radio pada ketika itu tidak dilihat sebagai saingan malah dilihat sebagai alat penyokong kepada budaya membaca.

Dalam masa dua dekad yang lepas, budaya radio telah berubah wajah - dari alat penyampai berita dan maklumat kini telah menjadi 99% alat hiburan. Budaya membaca yang baru hendak berakar cambah dalam negara kita kini telah terbantut. Semua ini hasil dari asakan dan ledakan kedatangan tv. TV hari ini telah beralih dari objek yang diberahikan kepada objek yang wajib ada di dalam rumah. Kini tv telah dianggap setaraf dengan kuali atau cerek air. Alatan-alatan ini diperlukan di semua rumah.

Dalam budaya semua bangsa, pinjam-meminjam dan tiru-meniru adalah perbuatan yang biasa dan bukan sesuatu yang salah. Semua budaya bangsa ada memiliki ciri pengaruh luaran. Tidak wujud satu tamadun bangsa yang monolitik. Kita juga mengambil, meniru dan menyesuaikan ciri luaran dengan keadaan budaya bangsa kita. Ini akan memperkayakan dan merancakkan lagi pembudayaan.

Tetapi objek yang dipanggil nama tv ini agak berlainan sedikit perangainya. Tidak seperti objek meja, sepatu, bendera atau almari yang datang dari negara Benggali Putih - Portugal. Kita menggunakan objek-objek dengan keselesaan dan tepat. Begitu juga kita menyesuaikan penggunaan objek songkok yang berasal dari Afghanistan. Untuk saya penggunaan objek tv ini cukup pelik lagi memelikkan.

Dari ingatan saya, pada tahun 1972 dahulu, tv kita hanya ada memiliki satu saluran hitam putih sahaja. Pada ketika itu saya pernah melihat sebuah rumah orang Melayu (yang berjaya) - kalau dalam istilah hari ini keluarga ini ialah Melayu Baru - yang memiliki 3 peti tv. Satu di ruang tamu. Satu di meja makan dan satu di dapur. Dalam tahun 1972 saya kurang arif apakah rancangan yang ingin diikuti oleh Melayu Baru ini. Ketika itu video atau CD belum wujud. Tetapi kerana saya dari Jelebu yang tidak ada tv maka saya menganggap inilah budaya terkini orang bandar.

Kerimasan saya pada tahun 1972 itu rupa-rupanya tidak berganjak. Hari ini objek tv ini bukan hanya sedang merimaskan saya tetapi telah sampai ke tahap menyesakkan nafas. Untuk saya objek tv ini sedang betul-betul menekan wujudiah saya. Kerimasan yang saya hadapi ini bukan kerana isi dan rancangan yang disiarkan. Ini satu perkara yang lain.

Apa yang merimaskan saya ialah benda ini terus-menerus mengekori saya ke mana sahaja saya pergi. Benda tv ini telah menjadi bayang kita semua. Ke mana sahaja kita bergerak benda tv ini akan bergerak sama. Bayangkan, minggu lepas saya telah dijemput bertandang untuk makan tengah hari oleh satu keluarga Melayu. Sesampai saja ke ruang tamu saya terlihat tv sedang terpasang. Seorang anak kecil belasan tahun sedang melangak di hadapan tv.

Keluarga yang menjemput saya ini tidak pula memadamkan alat tv ini walhal tamu yang diundang telah sampai. Sambil berlabun berkenal mesra, mata tuan rumah sesekali mengintai ke kaca tv. Ini berlaku apabila suara dari tv ini menjadi kuat dan keras. Saya menjadi amat tidak selesa. Apabila makan tengah hari dihidangkan kami semua betul-betul dipaksa duduk di hadapan objek ini.

Rasa saya apa yang saya alami minggu lalu bukan sesuatu yang terpencil. Pernah satu ketika di kota London saya telah di jemput bertandang ke sebuah rumah orang Melayu di Nottinghill Gate - kawasan perumahan kelas menengah kota London. Sesampai sahaja saya ke rumah ini, si tuan rumah tanpa diminta telah memasangkan alat tv. Dengan serta merta saya merasa rimas. Bayangkan, ruang tamu ini bukan besar sangat, jadi mata kami amat susah untuk melarikan dari diharu oleh suara dan gambar dari objek ini.

Saya merasa susah bernafas kerana diasak oleh objek tv ini. Lalu saya cuba membuat alasan meminta diri tetapi tuan rumah ingin pula menghidangkan sesuatu kepada saya. Apabila mereka ke dapur saya terus memadamkan alat ini. Bila sang suami masuk ke ruang tamu dia terus memasang tv itu sekali lagi. Kali ini si suami terus mencari-cari saluran untuk memperagakan alat tvnya yang ‘connected’ dengan satelit. Saya terpaksa duduk seperti budak kampung dari Jelebu yang belum pernah melihat tv. Ketika itu saya terfikir mungkin saya lebih selesa menginap di neraka dari duduk satu jam di hadapan tv sambil menjadi tamu pasangan Melayu ini.

Ruang tamu dihiasi dengan tv ini bukan sesuatu yang baru. Saya rasa tidak ada pencemaran estetika yang berlaku jika tv didudukkan di sebelah radio atau bersama sistem bunyi untuk mengindahkan ruang tamu. Apa yang merimaskan ialah tv ini terus-menerus terpasang tidak mengira waktu. Dan yang paling menjelikkan ialah benda tv terus terpasang ketika tamu datang bertandang. Saya tidak tahu ke mana perginya ramah-tamah budi bahasa menyambut tamu. Tetamu datang ke rumah bukan hendak menonton tv - mereka datang untuk berkenal mesra dan merapatkan persaudaran. Kenapa alat tv ini dibenarkan mencelah dan mengganggu.

Saya tidak tahu dari mana ‘gila tv’ ini muncul. Hari ini di warung, di restoran, di mana- mana sahaja ruang nampaknya ada sahaja benda ini terpasang. Kalau ada sepuluh baris warung makan pasti ada sepuluh buah kaca tv yang terus menerus menyalak. Seharusnya semasa kita di restoran atau di warung, kita bukan sahaja ingin melayan selera tetapi kita juga seharusnya ingin menikmati perbualan antara kita sesama manusia tanpa diganggu oleh tv. Apakah para pelanggan ini datang kerana hendak menonton tv kerana tv di rumah mereka telah disambar tsunami.

Jangan marah jika saya katakan bahawa dalam masyarakat Melayu, terutama di Hari Raya, peranan objek tv ini amat menjijikkan. Jika tidak percaya tunggulah hari raya tahun ini. Bertandanglah ke rumah saudara atau jiran tetangga. Liarkan mata dan pasti akan ternampak dua tiga malaun yang sedang melangak di hadapan kaca tv tanpa mempedulikan kedatangan sanak-saudara; walaupun di pagi hari raya pertama.

Dari semua yang saya lihat ini maka saya dapat memahami rasional kenapa peti tv ini diberikan nama jolokan ‘idiot box’ atau kotak bangang. Kotak ini memang tidak memiliki akal. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang terus melangak di hadapan kaca tv - apakah mereka juga sama bangang dan otak mereka telah menjadi kaca.

Monday, September 04, 2006

Nokia 9300i

hermp.....

Wednesday, August 30, 2006

Kaya tak senang. Senang tapayah kaya.

“Perhatikan olehmu sekalian, sesungguhnya perdagangan itu di dunia ini adalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki” ( HR Ahmad ).

Kawan aku. Mai besembang dengan aku pasai MLM. Aku terus terang kurang minat sikit MLM ni atas alasan aku sendiri. Tapi aku tak bantah, aku setuju bahawa MLM memang cabang perniagaan. Cuma aku ada alasan tersendiri untuk belum lagi ke arah MLM. Jadi, kawan aku tadini keluarkan hadis kat atas.

Aku sengih.

Aku tanya balik, lagi satu pintu rezeki tu datang dari mana?

Dia jawab, makan gaji la - macam hang!

Aku tanya balik, kalau makan gaji tu satu dalam sepuluh pintu rezeki, habistu orang fakir miskin dan kurang upaya yang pintu rezekinya sepanjang masa mengharapkan duit zakat & fitrah tu… temasuk dalam sembilan tadi ka?

Dia tak sengih, tak masam. Tatau nak jawab camana kot?

Aku tanya balik, apa alasan hang kata makan gaji macam aku ni bukan beniaga?

Dia jawab, ya la.. aku tadak risiko macam orang meniaga. Tadak untung, tadak rugi. Meniaga mesti ada untung ada rugi. Rajin lebih, untung lebih, dok saja, untung kurang, silap-silap rugi. Aku yang makan gaji ni katanya malas pun dapat duit, rajin pun dapat duit.

Aku cakap kat dia balik, kalau macam tu, makan gaji lagi untung dari meniaga!

Aku nampak muka dia dah semacam serabut sikit. Aku pun teruskan petanyaan aku balik, ada ka hang jumpak hadis atau mana-mana hujah yang mengatakan satu lagi pintu rezeki yang last tu adalah makan gaji? Dia kata tadak.

Aku kata kat dia, aku pun tak jumpak. Aku tanya jugak tok-tok alim sekeliling aku ni, depa pun kata tadak.

Jadi, sapa yang kata makan gaji tu bukan salah satu cabang perniagaan yang termasuk dalam sembilan dari sepuluh pintu rezeki tu? Dia kata tatau. Aku kata, aku pun tatau.

Aku pebetoi kerusi bagi ruang pelayan kedai letak jus tembikai depan aku. Sembang ngan orang MLM ni selalunya depa belanja. Kalau aku, teh o suam saja.

Aku sambung balik tanya. Konsultan yang dok nasihat orang tu beniaga ka makan gaji? Dia kata beniaga. Ok. Aku tanya lagi, orang bayaq kat dia macamana? Ikut la, kadang-kadang “manhour”, kadang-kadang “manday”, kadang-kadang kontrak. Ikut syarat la, katanya.

Aku sedut jus tembikai pelan-pelan. Manis. Sedap. Free.

La ni, aku sambung, kata la aku jadi konsultan hang, kontrak aku ngan hang cakap hang kena bayaq kat aku bulan-bulan sekian-sekian banyak. Aku meniaga atau makan gaji dengan hang? Dia jawab, aku meniaga la. Sebab aku konsultan.

Aku konsultan, aku tak dikira makan gaji. Tapi kalau aku kerja bawah dia, aku makan gaji.

Ok, hujah dia kata makan gaji tak untung tak rugi. Hujah aku kata, makan gaji pasti untung, tak akan rugi. Macamana? Untung makan gaji?

Aku katakan makan gaji ni jugak cabang perniagaan sebab aku menjual skill dan pengetahuan aku pada syarikat dengan kontrak pembayaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Gaji bulanan. Untungnya aku ialah bilamana syarikat membayar bonus. Untungnya aku, balik rumah pukul lima tepat, lepak dengan family, borak ngan kawan-kawan. Esok pagi start kerja pukul lapan. Hujung minggu Sabtu Ahad, buat la apa yang aku nak buat.

Cukup bulan gaji dapat.

Ya la, tapi gaji dok banyak tu saja, katanya. Aku jawab balik, gaji banyak tu sebab hang dok banyak tu! Macam meniaga yang hang faham. Kalau hang dok jual kat lima orang pelanggan saja, sampai bila-bila hang dok dapat banyak tu. Nak untung lebih sikit, keluar modal sikit tambah produk untuk tambah pelanggan.

Sama macam makan gaji, kalau aku tak tambah ilmu, tak tambah skill, camana nak naik gaji? Appraisal pun skor cukup-cukup makan, sapa nak bagi lebih? Pi ambik sijil profesional, ambik diploma, ijazah, master. Jual la skill dan pengetahuan aku kat syarikat-syarikat lain pulak dengan gaji lebih tinggi.

Sapa kata gaji aku dok banyak tu saja?

Dia diam.

Aku sambung, aku balik rumah, aku happy. Gaji tak cukup, aku keluar modal tambah skill, lompat syarikat lain kalau syarikat sekarang tak iktiraf skill aku untuk dinaikkan gaji.

Tapi la ni susah cari kerja, katanya cepat.

Awat, sekarang ni senang dapat bisnes? Pintas aku balik.

Dia diam balik.

Bezanya antara aku dengan hang ialah, meniaga aku ni rugi tak banyak, meniaga hang tak tentu lagi balik modal!

Tapi, dia pintas lagi, kalau tiba-tiba kena buang kerja? Nak makan apa?

Aku jawab balik, habis tu meniaga yang tiba-tiba kena kencing tu? Habis semua simpanan pinjam kulu kilir buat modal hangus semua? Hang nak buat apa? Yang pastinya hang boleh mai makan biskut lagi ngan aku sebab aku ada KWSP, ada saving, dan pampasan dari majikan.

Dia resah.

Aku sengih. Aku cakap terus terang kat dia. Aku meniaga jugak. Customer aku sekarang adalah syarikat yang aku kerja sekarang. Kontrak aku dengan dia adalah selama syarikat ni ada. Perjanjian pembayaran mengikut bulan. Kontrak menjanjikan pertambahan pembayaran kepada khidmat aku setiap tahun berdasarkan appraisal. Aku ‘rugi’ kalau bonus aku dapat sikit, atau tak dapat lansung. Tapi yang pastinya, modal aku tetiap bulan dapat balik dengan sedikit margin keuntungan.

Aku sambung lagi. Aku nak kelam kabut buat dua tiga kerja dalam satu masa ni untuk apa? Tambah pendapatan? Apa lagi yang aku nak? Kaya? Untuk apa? Balik kerja serabut kelam kabut nak kena cari downline pulak. Nak maintain lagi. Silap gaya tak jalan downline aku, dok nak kena cari sponsor lagi untuk depa. Kalau dah bejaya, dok nak kena attend seminar bagi motivasi pulak satu Malaysia - family semua tatau nak jadi apa. Kalau aku tak kerja, memang aku buat benda ni, sebab aku tadak sumber pendapatan. Tapi sekarang aku meniaga - makan gaji, dan keuntungan yang aku dapat ni cukup untuk menjadikan aku lebih hebat dari kaya; aku dah senang!

Aku hirup sampai habis jus tembikai depan aku.

Aku sambung balik. Kaya tak semestinya hang akan senang. Tapi kalau hang senang, hang dah tak perlu jadi kaya!

Aku sengin. Dia sengih.. kami sembang bab Zinadane tanduk dada pemain Itali pulak lepas tu…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Tuesday, August 29, 2006

Businessman and Fisherman

Businessman and Fisherman

What do you really hope to achieve in life? Read this story and you
may find that what you are always hoping to achieve, you may be
already have it.

There was once an American businessman who was sitting by the beach in a small Mexican village. As he sat, he saw a Mexican fisherman rowing a small boat towards the shore and noticed that the fisherman has caught a quite number of big fishes that is known to be a delicacy.

The American was really impressed and ask the fisherman, "How long does it take you to catch so many fishes?"

The fisherman reply; "Oh, just a short while."

"Then why don't you stay longer at sea and you could catch even more? The businessman was astonished.

The fisherman simply does not agree, "This is enough to feed my whole family?" he says.

The businessman then asked: "So, what do you do for the rest of the day then?"

The fisherman reply; "Well, I usually wake up early in the morning, go out to sea and catch a few fishes, then I would go back and play with my kids. In the afternoon, I will take a nap with my wife, and evening comes, I will join my buddies in the village for a drink, we played guitar, sing and dance throughout the night. My day was ever so complete and carefree."

The businessman does not agree with his way of life and offered a
suggestion to the fisherman.

"I am a PhD holder graduated from Harvard University, specialises in business management. I could help you to become a more successful person.
From now on, you have to spend more time at sea and try to catch as many fishes as possible. And when you have save enough money, you could buy a bigger boat and catch even more fishes. As you go on, you will be able to afford to buy more boats, recruit more fishermen and lead a team of your own. Soon you will be able to set-up your own company, your very own production plant for canned food and do direct selling to your distributors.At that time, you will have moved out of this village and to Mexico city, and then expand your operation to LA, and finally to New York city, where you can set-up your HQ to manage all your other branches."

The fisherman asks, "So, how long would that take? "

The businessman reply: "About 15 to 20 years"

The fisherman continued, "And after that?"

The businessman laugh heartily, "After that, you can live like a king
in your own house, and when the time is right, you can go public and float your shares in the Stock Exchange, by then you will be rich, your income will be coming in by the millions!!"

The fisherman ask, "And after that?"

The businessman says "After that, you can finally retire, you can move to a house by the fishing village, wake up early in the morning and catch a few fishes, then return home to play with the kids, have a nice afternoon nap with your wife, and when evening comes, you can join your buddies for a drink, play the guitar, sing and dance throughout the night!! "

The fisherman was puzzled, "Isn't that what I am doing now??"

So, what does one really hope to achieve in life, do we really need to work so hard in life ? What do you hope to accomplish in the end ?

Lawak sekejap

Samy Vellu was visiting India when he fell and broke his jaw. He was unable to speak.
Being the great leader, he continued his grand tour. On the last week of his visit,
the RTM crew was present for his press conference. Although unable to speak,
Samy insisted on sending a message home to his Cabinet colleagues.

Samy caught a chicken and showed it to the camera. Next he took a goat and
showed it to the camera. Finally he took a bag and displayed it in front of the camera.
Dr. Ling was the first to see the video clip. He said, "Samy is telling us that India has
insufficient food because he showed us a chicken and a goat and he wants Malaysia
to donate bags of rice.

Dr Mahathir watched silently then said, "No lah....what Samy is trying to say is that
"HE IS COMING BACK".

The whole cabinet was puzzled and look to the old man for an explanation.

Dr Mahathir reasoned, "AYAM KAMBING BAG." "I am coming back"

Thursday, June 15, 2006

Tony Fernandes Interview with WSJ

WSJA(5/29) AIRASIA FOUNDER LIKES WORKERS TO SPEAK UP
(From THE WALL STREET JOURNAL ASIA)

Malaysian Tony Fernandes founded AirAsia, Asia 's first low-cost carrier, in
2001 and expanded the company by setting up joint-venture airlines in
Thailand and Indonesia. Mr. Fernandes, 42 years old, graduated from the
University of London in 1987 with a finance degree and in 1992 moved back to
Malaysia, where he became managing director of Warner Music Malaysia, and
later, vice-president of Warner's Southeast Asian operations. He quit in
2001 to start AirAsia.

One of Malaysia 's most outspoken business executives, Mr. Fernandes not
only has strong ideas on the way airlines should be run, but also how
Southeast Asia 's top-down corporate culture should change. He spoke to
reporter Cris Prystay about his style.


WSJ: What was your first job and what did you learn from it?

Mr. Fernandes: My first job was a waiter in London at the Cavendish Hotel. I
was 17. I learned that working was hard and you had to be professional, even
as a waiter. You had other colleagues. If my performance was poor, it let
down the whole team.

My first [career] job was as an accountant at an auditor in London . It was
mind-blowingly boring. I was a junior auditor and was photocopying and
adding up rows of columns. The big lesson there: make sure you go into a job
that you enjoy. Otherwise, you don't give any value to your employer, and
you certainly don't add any value to your own mind.


WSJ: Who gave you the best business advice?

Mr. Fernandes: It was probably Stephen Shrimpton (the former chief executive
officer of Warner Music International) at Warner. I was a man in a rush. I
was 28 when I became the managing director of Warner Music Malaysia, and I
wanted to be the regional MD. I wanted to take over the world.

One night, Steve talked to me outside the Sheraton Hotel in Hong Kong for
three hours. He told me there's no need to rush and that it's about
developing my own personality and making sure I'm ready for the next job. I
see that now: No matter how bright someone is at 25, there's nothing like
experience. He slowed me down, and made me understand that you need to take
time -- to understand the business better, to understand your people better.

WSJ: What's the one thing you wish every new hire knew?

Mr. Fernandes: Humility -- and knowing what the real world is like. The new
generation is coming in pretty soft. A lot of these young guys haven't lived
through a recession. There are plenty of jobs out there and they think, "I
can always walk into another job." The hunger and determination to do their
best is sometimes not there.


WSJ: Is there a difference between the management culture in Asia and the
West?

Mr. Fernandes: The management culture here is very top-down. There's less
creativity and fewer people who are willing to speak out. They're more
implementers than doers. There's less freedom of speech, and that impacts
the business world. Even when they know things are not right, they won't
speak out. They just do what they're told to do.


WSJ: What's the biggest management challenge you face?

Mr. Fernandes: To get people to think. At AirAsia, we want 4,000 brains
working for us. My biggest challenge is to get people to talk, to express
themselves, to get people to challenge me and say "Tony, you're talking
rubbish." That's what I want, not people who say "Yes, sir." The senior
management doesn't have all the answers. I want the guy on the ramp to have
the confidence to tell me what's wrong.


WSJ: What are you doing to clear that hurdle?

Mr. Fernandes: We have no offices. We dress down. You wear a suit, and you
put distance between you and your staff. We're on a first-name basis. I go
around the office, around the check-in desks, the planes constantly, talking
to people. Fifty percent of my job is managing people in the company. You
get people to open up to you by just asking them to do it, and then
responding to them. You don't send a memo, or do some "speak up" incentive
program. It's got to be from the heart.


WSJ: What was the most satisfying decision you've made as a manager?

Mr. Fernandes: Once a month, I carry bags with the ramp boys, or I'm cabin
crew, or at the check-in. I do this to get close to the operation. I also
want to know my people. When I first started this, I met all these bright
kids at the check-in or carrying bags. We were starting this cadet pilot
program, and I said, "Let's open it up to anyone. Let some of these kids
apply." They have the brains, but they just didn't have the money to get the
education. Out of the first batch of 19 cadets, 11 came from within the
company. Some of these boys got the highest marks ever in the flying
academy. There was one kid who joined us to carry bags, and 18 months later
he was a First Officer of a 737. Can you imagine what that does for the
motivation in the company? Everyone talks about developing human capital,
but we did it.


(END) Dow Jones Newswires

May 28, 2006 17:30 ET (21:30 GMT )

Copyright (c) 2006 Dow Jones & Company, Inc.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi: Sunni and Shi'ah

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:
We have seen all over the world how all the religious groups and sects
try to reconcile their differences; the Jews are trying to have common
ground with the Christians, so they claim innocence to what the
history records of the Jews' responsibility in crucifying Jesus. The
same happens among the Christians as they are trying to bring together
all the Christian denominations around the world.
Amidst all these amiable gestures, where do we Muslims stand? Why do
we kindle the fire of disagreement? What is the reason for all this
argument about Shi`ah as if they are not Muslims? Let it be known to
all that the Shi`ah are Muslims who believe in the Oneness of Allah
and the Prophethood of Muhammad (peace and blessings be upon him).
Yes, there is no doubt that the Shi`ah have their beliefs and dogmas
which we condemn as heresy but this doesn't make them non-Muslims. We
should try to make use of what we have in common for the benefit of
all Muslims. No one can deny that all Muslims, Sunni and Shi`ah,
condemn the Zionists and what they do against our brethren in
Palestine. We maintain the same view concerning the persecution of
Muslims in many parts of the world. This means that we have many
things in common, which should be the pivot of our interaction. All
Muslims should be alert against the schemes and plots planned by the
enemies of Islam. They are the ones that want us to disagree and fight
each other. Now they resort to another scheme by filling our minds
with hatred against one another under the name of belief. We should
not give them this chance.

It is important for the Sunnis to concentrate on the points of
agreement, not difference, when having dialogues with the Shiites,
especially that the points of agreement are on the fundamental issues
of religion, while the points of difference have to do with the minor
ones.

Points of Agreement
1. They believe in Almighty Allah, the Day of Judgment, Prophet
Muhammad (peace and blessings be upon him) as the Seal of Prophets who
was sent by Almighty Allah (to mankind and jinn) to complete the
Heavenly Messages sent before him. Believing in all that Prophet
Muhammad (peace and blessings be upon him) was sent with is part of
having faith in all the Heavenly Books and all Allah's Messengers
(peace and blessings be upon them). Allah Almighty says: (The
Messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his
Lord and (so do) believers. Each one believeth in Allah and His angels
and His scriptures and His messengers—we make no distinction between
any of His messengers—and they say: We hear, and we obey. (Grant
us)Thy forgiveness, our Lord. Unto Thee is the journeying) (Al-Baqarah
2: 285). These are the pillars of faith on which both groups agree on.

2. They believe in the Glorious Qur'an as Allah's illuminating Book
that guides to the right path. Allah Almighty says: (We have, without
doubt, sent down the Message; and We will assuredly guard it (from
corruption)) (Al-Hijr 15: 9). [Message in this verse refers to the
Glorious Qur'an.] There is no difference between the Sunnis and
Shiites concerning the Qur'an being Almighty Allah's word. It is on
this Book that religious scholars depend in holding comparative
dialogues with people of other religions, concluding juristic
opinions, guidance, etc. Allah Almighty says: (So judge between them
by that which Allah hath revealed, and follow not their desires, but
beware of them lest they seduce thee from some part of that which
Allah hath revealed unto thee. And if they turn away, then know that
Allah's Will is to smite them for some sin of theirs. Lo! And truly
most men are rebellious. Is it a judgment of the time of (pagan)
ignorance that they are seeking? Who is better than Allah for judgment
to a people who have certainty (in their belief)?) (Al-Ma'idah 5:
49-50)

According to this verse, Allah Almighty warned the Prophet (peace and
blessings be upon him) against succumbing to the desires of the People
of the Book or other misled people when it came to judging between
them, lest they might cause him to deviate from some part of what
Allah revealed to him. This indicates that all that Allah has revealed
should be followed by Muslims.

3. Both groups also agree that Muslims are to abide by the Five
Pillars of Islam, i.e., to testify that there is no god but Allah and
that Muhammad (peace and blessings be upon him) is His Messenger, to
perform the specified prayers, to give zakah, to observe fast in the
month Ramadan, and to perform pilgrimage. The difference in opinion
between the two groups regarding some rulings pertaining to these
pillars is something that is quite normal. It is like the scholarly
difference in opinion among the Sunni schools themselves, such as the
Hanbali, Hanifi, and Maliki schools.

Relevant books on the different juristic points of view, like Nail
Al-Awtar by Imam Ash-Shawakani (may Allah have mercy upon him), refer
to eminent scholars of jurisprudence from among the Sunnis and Shiites
on equal footing. Reading one of these books, one does not feel that
there is a crucial difference between the Shiite schools and the Sunni
ones. This does not apply only to the acts of worship, it includes
also transactions.

It is true that the Shiites do not recognize the Sunni reference books
on the Prophetic hadiths, such as Al-Muwatta' by Imam Malik, Imam
Ahmad's Musnad, Sahih Al-Bukhari, SahihMuslim, Sunnan Abu Dawud, Sunan
Ibn Majah, Sunnan Ad-Daramy. However, most of the authentic hadiths
referred to in these books were also regarded as authentic by the
Shiites through one of two ways: regarding them as Prophetic hadiths
reported by other chains of reporters agreed upon among them as
trustworthy, or regarding them as points of view (not Prophetic
hadiths) peculiar to their Shiite imams.

Anyway, the most important point to be taken into account is that
there is a great deal of agreement between the Sunni jurisprudence and
the Shiite one. This is because both depend on the same sources, the
Qur'an and the Sunnah, and also because their aims in conducting
research on religion are similar, that is, establishing Allah's
justice and mercy among people.

Furthermore, if we are to make serious researches on the Sunni
opinions, we will find that some Shiite views that seem eccentric to
us have been also adopted by some Sunni scholars.